Biasiswa JPA Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2017/2018

Permohonan penajaan Biasiswa JPA Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2017/2018 boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 08 Februari 2017 (Rabu) sehingga tarikh tutup permohonan on-line dan tarikh akhir penyerahan borang permohonan juga ialah pada 3 Mac 2017 (Jumaat).

Scholarship sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Scholarship application deadline: 3 Mac 2017
Fund type: Scholarship
Study Local or Abroad: Local

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam (6) di peringkat Sarjana dan enam (6) di peringkat Ph.D untuk calon mengikuti pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam. Program ini merupakan satu bentuk pelaburan Pembangunan Modal Insan yang akan menyumbang kepada pembangunan negara.

Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana. Calon hendaklah mempunyai keupayaan yang luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa, kebolehan yang istimewa, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja- 2 kerja kreatif dan inovatif, serta telah mendapat tempat di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia. Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temuduga.

Syarat-syarat Kelayakan Biasiswa JPA Yang di-Pertuan Agong

Syarat-syarat kelayakan secara khusus adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya;
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  5. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  6. Telah mendapat tempat pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia untuk tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Oleh itu, penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanahair selepas tamat tempoh tajaan.

Sebarang maklumat lanjut mengenai penawaran ini boleh diperolehi dengan melayari portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my atau menghubungi talian 03-8885 3546 / 3569 / 3879 atau dengan mengunjungi kaunter:

1SERVE JPA4U
Blok C2, Kompleks C,
Jabatan Perkhidmatan Awam
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya, Malaysia.
(jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang)

Mohon Sekarang: ePermohonan

Muat Turun: Kenyataan Penuh Media

Sumber: Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)