Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) – Sarawak State Government Scholarship

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) adalah satu bentuk insentif kewangan iaitu biasiswa pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada penuntut Sarawak yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.

BPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain

Prosedur Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)

  1. Sila layari laman web e-scholarship di http://escholarship.sarawak.gov.my menggunakan pelayar web (Web Browser) Mozilla Firefox, Internet Explorer.
  2. Jika anda merupakan pemohon baru, sila klik pada Pemohon Baru untuk mendaftar. Sekiranya anda pernah memohon e-scholarship, sila Daftar Masuk nombor Kad Pengenalan serta Kata Laluan untuk log masuk (log-in).
  3. Sila lengkapkan Maklumat Peribadi Pemohon serta Maklumat Tambahan Pemohon. Kemudian, sila klik pada Permohonan dan seterusnya klik pada Permohonan Baru.
  4. Sila lengkapkan Maklumat Permohonan Biasiswa. Para pemohon dikehendaki untuk menyemak butiran pemohon dengan teliti. Maklumat permohonan yang telah dihantar tidak dapat diubah oleh pemohon. Sebarang perubahan hendaklah dikemukakan secara bertulis ke pejabat SPANS.
  5. Pastikan anda menyemak Semak Status Permohonan sebelum log keluar (log-out).
  6. SPANS berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap.

Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) - Sarawak State Government ScholarshipTawaran BPKNS adalah terbuka kepada pelajar baru dan yang sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) selaku urus setia akan mempertimbangkan permohonan bagi pemberian biasiswa pinjaman kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak.
  • Terbuka kepada pelajar yang mengikuti program pengajian IPTA sepenuh masa sahaja.
  • Terbuka kepada pelajar di peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja.
  • Telah mendapat surat tawaran daripada IPTA.

Soalan Lazim Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)

Siapakah yang layak memohon BPKNS?
a. Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Sarawak;
b. Telah mendapat surat tawaran mengikuti pengajian diperingkat Diploma dan Ijazah Pertama secara Sepenuh Masa di IPTA;
c. Tidak mendapat sebarang penajaan atau pinjaman daripada mana-mana agensi lain.

Bilakah iklan BPKNS dikeluarkan setiap tahun?
Iklan bagi permohonan akan dikeluarkan selepas keputusan bagi tawaran kemasukan ke IPTA diterima. Sila rujuk iklan dalam akhbar-akhbar tempatan atau layari laman web dari semasa ke semasa.

Berapa peratus jumlah bayaran balik yang perlu dibayar oleh pelajar selepas tamat pengajian?
Pelajar cuma perlu membayar 25% daripada keseluruhan pinjaman dan tertakluk dengan syarat-syarat dan terma yang dinyatakan dalam perjanjian. Walaubagaimanapun, pelajar perlu membayar 100% sekiranya gagal dalam pengajian atau tidak menamatkan pengajian masing-masing.

Bagaimanakah memohon BPKNS?
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman web http://escholarship.sarawak.gov.my

Bagaimanakah pemohon boleh menghubungi pejabat sekiranya terdapat pertanyaan yang ingin diutarakan tidak tersenarai dalam Soalan-Soalan Lazim?
Pertanyaan lain boleh diajukan sama ada melalui emel rasmi jabatan, spans@sarawak.gov.my, borang maklum balas/komen melalui laman web www.psc.sarawak.gov.my atau menghubungi terus melalui talian telefon 082-236325/554.

Bolehkah saya membayar BPKNS melalui potongan KWSP?
Bekas pelajar tajaan BPKNS kini boleh membuat bayaran balik penuh melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sila hubungi pejabat ini (082-236325) untuk maklumat lebih lanjut.

Bagaimana saya ingin membuat bayaran secara online?
Sila rujuk kepada prosedur bayaran balik secara online atau bagi bekas pelajar BPKNS bagi tahun 2005 dan ke bawah, sila hubungi pejabat ini untuk maklumat lanjut.

Saya mendapati terdapat kesilapan dalam mengisi borang permohonan BPKNS. Apa yang perlu saya lakukan?
Anda diperlukan untuk menghubungi pejabat ini dengan segera untuk membuat perubahan dalam borang permohonan BPKNS sebelum tarikh tutup iklan.

Bagaimana saya hendak mengetahui baki pinjaman saya?
Anda boleh membuat akses ke e-Scholarship menggunakan ID dan password anda untuk mengetahui baki terkini pinjaman/bayaran balik BPKNS.

Saya telah menamatkan pengajian dengan jayanya. Apakah prosedur yang patut saya lakukan untuk membuat bayaran balik?
Anda perlu memaklumkan melalui surat rasmi ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Bahagian Biasiswa Pinjaman yang anda telah menamatkan pengajian. Anda perlu memuat turun (download) Borang Data Maklumat dari e-Scholarship bersama dengan transkrip dan salinan sijil anda untuk menikmati bayaran balik 25% dari keseluruhan pinjaman.

Untuk Maklumat Lanjut Tentang Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
BAHAGIAN BIASISWA PINJAMAN
Tingkat 9 & 10, Wisma Satok,
93400 Kuching, Sarawak,
Malaysia.

Tel: 082-237126/ 082-237135
Fax: 082-237258/ 082-237010
E-mel : spans@sarawak.gov.my