Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) dan dimiliki penuh kerajaan negeri Pahang Darul Makmur.

Sejarah bermula dengan resolusi Seminar Ulama Negeri Pahang (1985) membahas dan mencadangkan penubuhan Kolej Islam ini untuk membuka ruang kepada pelajar lepasan agama Negeri Pahang melanjutkan pelajaran. Maka pada Jun 1994 terlaksanalah Kolej Islam Pahang yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Pahang.

Ogos 1996 mencipta era permulaan apabila menerima 68 pelajar sulung, diikuti kebangkitan kolej ini sebagai Institusi Pendidikan Tinggi yang bernaung di bawah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sendirian Berhad. Dengan ini, peluang pendidikan untuk pelajar khususnya di Negeri Pahang ini terbuka lebih luas seiring aspirasi pemimpin dan masyarakat Islam.Idealisme Progresif dan Bersepadu Fungsi penubuhan Kolej Islam ini amat jelas iaitu menyediakan pendidikan yang menjana kecemerlangan ilmu dan insan. Sehubungan dengan itu, tiga diploma pengajian Islam ditawarkan iaitu Pengkhususan Syariah Perbandingan, Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan serta Pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam.

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)Selepas itu, Diploma Pembangunan Perisian, Diploma Perakaunan, Diploma Kewangan dan Perbankan, dan Diploma Pengurusan Perniagaan ditawarkan, menjadikan kesemua diploma di KIPSAS ini mendapat perakuan dari Lembaga Akreditasi Negara.Proses perkembangan KIPSAS seterusnya berjalan lancar tanpa menoleh ke belakang lagi dengan usaha para pemimpin negeri yang terdiri daripada Menteri Besar Pahang dan mendapat sokongan padu daripada pemimpin yang lain.Hasilnya, alaf baharu tahun 2000 menyaksikan KIPSAS muncul sebagai institusi intelektual yang cukup membanggakan. Segala kekurangan prasarana telah ditambah hebat sekali dengan beroperasinya blok bangunan akademik, dewan kuliah, asrama pelajar serta masjid KIPSAS. Perpustakaan KIPSAS juga muncul sebagai tempat rujukan Bahasa Arab terbesar di Negeri Pahang selain rujukan bahasa Melayu, Inggeris, Pengurusan, Pentadbiran, Ekonomi dan Teknologi Maklumat.

Program di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)

Fakulti Pengajian Islam

  • Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Syariah Dan Undang-Undang
  • Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Bahasa Arab Dan Tamadun Islam
  • Diploma Pengurusan Muamalat
  • Diploma Pengajian Media Islam
  • Diploma Bahasa Arab Komunikasi
  • Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah Dan Pengurusan
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian)

Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

  • Diploma Pembangunan Perisian(Internet Dan Multimedia)
  • Diploma Teknologi Maklumat Dan Rangkaian

Fakulti Pengajian Pengurusan

  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Kewangan Dan Perbankan
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Pengurusan Pemasaran
  • Diploma Pengurusan Kewangan Islam

Fakulti Bahasa Dan Pengajian Asasi

  • Diploma In English

Fasiliti di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)

Pembelajaran dan Pengajaran

  • Dewan Kuliah dan Bilik Tutorial
  • Makmal Komputer dan Bahasa
  • Studio Rakaman
  • Perpustakaan
  • Masjid

Lain-lain Kemudahan

  • Internet dan WIFI
  • Penginapan
  • Keselamatan
  • Pengangkutan
  • Kemudahan Sukan
  • Perbankan
  • Kafeteria
  • Ko-Kurikulum / Persatuan

Hubungi Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
Km 8, Jalan Gambang,
25150 Kuantan,
Pahang Darul Makmur,
MALAYSIA.

Tel: 09-5915353
Faks: 09-5364421

Emel: pro@kuipsas.edu.my
Website: www.kuipsas.edu.my

Bahagian Perhubungan Awam & Pengambilan Pelajar
Hotline : 09-5915319

Bahagian Hal Ehwal Akademik
Hotline : 09-5915332 / 5361

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Hotline : 09-5915333

Bahagian Pentadbiran
Hotline : 09-5915389

Bahagian Kewangan
Hotline : 09-5915355 / 5317

Bahagian Pengurusan Masjid
Hotline : 09-5915434 / 09-5510362