Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor – Syarat, Permohonan, Kadar Pinjaman

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

Syarat-Syarat Am Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Kelahiran:

  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.

Peringkat Pengajian:

  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon)

Penajaan:

  • Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.

Pencapaian Akademik:

  • Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan

Tahun Pengajian:

  • Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Syarat Akademik Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Pinjaman Pelajaran Negeri SelangorIjazah Sarjana Muda Pertama:

  • Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Diploma:

  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.

Sijil (IPTA):

  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja):

  • Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;

Maklumat Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Iklan Tawaran:

Kaedah Permohonan:

Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS

Tarikh Permohonan:

Permohonan dijadualkan dibuka seperti berikut:

  • Sesi Pertama: 1 – 28 Februari
  • Sesi Kedua: 1 – 30 Ogos

Temuduga:

  • Pemohon yang mengemukakan permohonan lengkap dan layak akan disenarai pendek untuk temuduga.
  • Temuduga dijadualkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon yang tidak dipanggil temuduga di anggap tidak berjaya.

Tawaran:

  • Hanya pemohon yang disokong panel dan mencapai markah minimum yang ditetapkan akan ditawarkan pembiayaan.
  • Keputusan tawaran akan diumumkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas selesai urusan temuduga.

Semakan Temuduga / Keputusan:

  • Hebahan panggilan temuduga dan tawaran dibuat melalui portal rasmi TKWBNS. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuat semakan dari semasa ke semasa.
  • Urus Setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada kegagalan pemohon untuk membuat semakan sendiri.

Kuota Penerima:

  • Kuota 1,500 peminjam sahaja setahun.
  • Purata jumlah permohonan yang diterima adalah 6,000 pemohon setahun.

Kriteria Pemilihan:

  • Mengisi dan memuatnaik semua dokumen permohonan ke dalam sistem dengan LENGKAP.
  • Memenuhi semua syarat kelayakan memohon.
  • Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga
  • Mencapai markah minimum jumlah keseluruhan merit yang diambil kira.
  • Pemohonan yang memenuhi semua Syarat Kelayakan Memohon TIDAK SEMESTINYA ditawarkan pinjaman.

Kadar Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Peringkat PengajianKadar Pinjaman (Setahun)
Ijazah Perubatan (Perubatan/Pembedahan/Pergigian/Veterinar)RM7,000
Ijazah Sarjana MudaRM6,500
DiplomaRM4,900
SijilRM4,000

Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.

  • Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.
  • Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.

Kaedah Pembayaran Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Kepada Pelajar

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar.
Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja.
Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.