Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor – Syarat, Permohonan

Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor adalah untuk pemohon yang terdiri daripada pegawai/kakitangan awam yang berkhidmat di Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor yang berpotensi dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Lanjutan dengan memenuhi kriteria-kriteria seperti di bawah.

Syarat Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor

  • Program Khas Kakitangan Awam Negeri SelangorPemohon merupakan pegawai / kakitangan Kerajaan Negeri bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dalam semua skim perkhidmatan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan secara tetap;
  • Pemohon telah disahkan dalam jawatan;
  • Pemohon bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib;
  • Pemohon mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang (purata 85% markah minimum untuk tiga (3) tahun berturut-turut);
  • Pemohon telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma Lepasan Ijazah/ Sarjana (Master)/ Doktor Falsafah (Ph.D) secara sambilan di IPTA/ IPTS Tempatan;
  • Pemohon tidak mengikuti pengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada kelayakan yang sedia ada dimiliki;
  • Bidang pengajian adalah berkaitan dengan tugas pemohon dan dianggap perlu atas dasar kepentingan perkhidmatan serta diluluskan oleh Ketua Jabatan;
  • Pemohon belum/ tiada menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain-lain penaja; dan
  • Pemohon telah memperolehi pencapaian akademik yang baik di peringkat Ijazah Pertama dengan PNGK / CGPA sekurang-kurangnya 2.50.

Permohonan Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor

Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun. Borang permohonan boleh dimuat turun di sini.