Bantuan Khas COVID 19 (wabak) – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri

Bantuan Khas COVID 19 adalah bantuan sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (oneoff) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Garis Panduan Pemberian Bantuan Khas Covid-19

Berikut adalah maklumat ringkas Bantuan Khas Covid-19. Maklumat terperinci boleh diperolehi di pautan NADMA di bawah.

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Pemohon Yang Tidak Layak

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Kadar Bantuan Khas COVID 19

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Kaedah Permohonan Bantuan Khas COVID 19

  1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuan-khas-covid-19
    • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid 19 (Lampiran A)
    • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
    • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
  2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA

Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Hubungi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 & 7, Blok D5,
Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
Malaysia.

Telefon: +603 8870 4800 
Faks: +603 8870 4848
Emel: admin[at]nadma[.]gov[.]my

Sumber: NADMA