mySIKAP – Lesen Memandu, Lesen Kenderaan, Kesalahan dan Penalti

mySIKAP adalah perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dimana anda boleh melakukan beberapa transaksi dalam talian untuk urusan melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

Transaksi Yang Boleh Dilakukan Di mySIKAP

Kenderaan

Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.

Lesen Memandu

Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.

Kesalahan dan Penalti

Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.

Pengurusan Profil

Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.

Perkhidmatan Lain

Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan Puspakom.

mySIKAP Untuk Orang Awam

Portal Orang Awam menyediakan perkhidmatan dalam talian melibatkan kenderaan, lesen pemandu dan bayar saman.

mySIKAP Untuk Rakan Niaga Jabatan (JPJ)

Portal Rakan Niaga menyediakan perkhidmatan pendaftaran kenderaan secara dalam talian.

Source: jpj.gov.my