Soalan Lazim Pilihan Raya – Pemotongan Pendaftar Pemilih (SPR)
Ini adalah senarai soalan yang lazim dikemukakan tentang pemotongan pendaftar pemilih SPR.
Mengapa pemilih yang telah meninggal dunia tetapi namanya masih ada dalam daftar pemilih?
Kerana SPR tidak menerima laporan atau pengesahan kematian pemilih berkenaan dari Jabatan Pendaftaran Negara, atau mungkin kerana nama pemilih yang telah meninggal dunia itu masih dalam proses untuk pemotongan dari daftar pemilih.
Bolehkah SPR membuat pemotongan nama mereka yang telah meninggal dunia mengikut rekod JPN?
Boleh, iaitu selepas SPR berpuashati dengan bukti-bukti yang dikemukakan.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pemilih meninggal dunia ataupun hilang kelayakan sebagai pemilih?
Waris pemilih yang meninggal dunia hendaklah membuat laporan di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri dengan menyertakan bersama Sijil Kematian dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
Kredit: SPR