Syarat Kelayakan BR1M 2017

Syarat Kelayakan BR1M 2017 adalah seperti yang tertera di bawah. Pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) mula diperkenalkan pada tahun 2012. Ia adalah sebuah polisi pembayaran secara sekali untuk isi rumah berpendapatan rendah.

Syarat Kelayakan BR1M 2017

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah perlu membuat permohonan BR1M 2017.
Syarat Kelayakan BR1M 2017
Syarat Kelayakan BR1M 2017

Untuk permohonan, sila kemukakan salinan dokumen berikut:

  • MyKad bagi pemohon
  • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.