Semak Status Pengundi dan Maklumat – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Anda boleh semak status pengundi dan maklumat anda di laman web SPR seperti di bawah. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan tidak hilang kelayakannya di sisi undang-undang adalah layak untuk mendaftar sebagai pemilih untuk mengundi di pilihanraya.

Anda perlu mendaftar sebagai pemilih untuk menjamin hak anda mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Pendaftaran sebagai pemilih adalah hak warganegara di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Semak Status Pengundi dan Maklumat - SPRJika anda sudah mendaftar sebagai pengundi di Malaysia, anda boleh menyemak status dan maklumat pengundian secara online, di laman web yang disebut di bawah.

Peringatan: Apabila pilihan raya semakin hampir, laman web Semakan Daftar Pemilih akan mengalami aktiviti trafik yang tinggi dan mungkin menyebabkan kelambatan apabila menyemak maklumat anda online. Sila cuba ‘refresh’ browser anda sehingga ia berfungsi semula.

Cara Untuk Semak Status Pengundi dan Maklumat

Semak Status Pengundi dan Maklumat - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

  • Layari laman web SPR.
  • Taip Nombor Kad Pengenalan di dalam petak yang disediakan.
  • Klik butang ‘Semak‘.
  • Tunggu sehingga maklumat ‘Daftar Pemilih Yang Telah Disahkan’ dipaparkan di skrin anda.
  • Maklumat yang dipaparkan adalah seperti yang berikut:
    • Kad Pengenalan
    • Nama
    • Tarikh Lahir
    • Jantina
    • Lokaliti
    • Daerah Mengundi
    • DUN
    • Parlimen
    • Negeri

Sila pastikan maklumat yang tertera adalah betul. Jika tidak, klik di sini untuk membetulkan maklumat yang salah.

Semak Status Pengundi dan Cetak

Anda juga boleh klik butang ‘PRINT‘ dan simpan salinan maklumat sebagai rujukan.

Semak Status Pengundi Untuk Orang Lain

Tekan butang ‘RESET‘ jika anda ingin menyemak Nombor Kad Pengenalan yang lain.

Semak status daftar pemilih anda di link di bawah:

http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/