Fair & Lovely Scholarship 2017

Setiap wanita mempunyai impian… Fair & Lovely memahami hasrat mereka dan perlunya perancangan yang kukuh untuk menjamin masa hadapan. Intipati jenama Fair & Lovely iaitu ‘Mencipta semula hala tuju kehidupan’ memainkan peranan penting dalam membantu wanita untuk mengenal pasti dan mengembangkan potensi yang dimiliki.

Scholarship sponsored by: Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd
Scholarship application deadline: 30 April 2017
Fund type: Scholarship
Study Local or Abroad: Local

Dengan azam untuk memperkasakan wanita supaya menjadi lebih berdikari, Fair & Lovely kini menawarkan biasiswa berjumlah RM200,000 yang akan dibahagikan kepada 40 penerima yang layak.

Maklumat Kempen

Kempen Biasiswa Fair & Lovely 2017 (“Kempen”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 1532-V) (“Penganjur”). Kempen bermula pada 6 Januari 2017, 12:00am dan berakhir pada 31 April 2017, 11:59pm (“Tempoh Kempen”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Kempen tidak layak menyertai Kempen.

Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Kempen menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Kempen tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta.

Kelayakan

  1. Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam Kempen ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai Kempen ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Kempen.
  2. Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi apa-apa Terma dan Syarat Kempen ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.

Mekanisme Kempen

Untuk menyertai Kempen ini, semua Peserta hendaklah melayari Laman Web Kempen di http://www.fairandlovely.com.my untuk melakukan mana-mana antara yang berikut:

MEMOHON BIASISWA:

  • Permohonan biasiswa terbuka kepada semua siswi warga Malaysia yang sedang menduduki diploma atau ijazah sarjana muda di universiti tempatan terpilih (Rujuk senarai Universiti Terlibat di bawah), kecuali siswi yang sedang menduduki semester terakhir, semasa kempen ini berlangsung.
  • Hanya 40 (empat puluh) Penerima biasiswa akan dipilih di kalangan 3 (tiga) universiti yang memperoleh undi terbanyak selepas tamat Kempen.
  • Bagi terma dan syarat lanjut permohonan biasiswa, rujuk Terma & Syarat Permohonan Biasiswa di bawah.

MENGUNDI:

  • Undian terbuka kepada semua warga Malaysia yang mempunyai akaun Facebook.
  • Seperti yang tersebut di atas, hanya pemohon-pemohon daripada 3 (tiga) universiti dengan undi terbanyak akan terpilih untuk menerima biasiswa. Oleh itu, bagi mencerahkan peluang untuk menerima biasiswa, sesiapa sahaja digalakkan untuk mengundi dengan mengkongsikan posting khusus yang disediakan bagi universiti-universiti yang terlibat.
  • Posting-posting yang tersebut akan ditempatkan di laman Facebook Fair & Lovely Malaysia: http://www.facebook.com/fairandlovelymalaysia
  • Mata undian dikira seperti berikut: Setiap permohonan menggunakan karangan = 1 (satu) mata undi; Setiap permohonan menggunakan video = 5 (lima) mata undi; Setiap undi biasa (perkongsian posting) = 1 (satu) mata undi.

MEMOHON SAMPEL:

  • Bagi mendapatkan sampel percuma produk Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin 9 g, Peserta perlu melengkapkan borang butiran peribadi yang disediakan dengan tepat. Permohonan dengan butiran yang salah atau tidak lengkap akan dianggap terbatal.
  • Sampel terhad menurut bilangan stok. Sekiranya kehabisan stok, Penganjur tidak perlu menggantikannya dengan barangan atau tawaran lain.

Pembelian atau pembayaran lanjut tidak diperlukan untuk menyertai atau memenangi Kempen. Pembelian tidak akan menambah peluang anda untuk memenangi Kempen.

Universiti Terlibat

Berikut ialah universiti-universiti yang telah dipilih oleh Penganjur di mana warga siswinya layak untuk menerima Biasiswa Fair & Lovely:

  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang · Bertam
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang · Balik Pulau
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak · Tapah
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak · Teluk Intan
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan · Kota Bharu
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu · Kuala Terengganu
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu · Bukit Besi
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang · Kuantan
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang · Raub
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jalan Othman
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Selayang
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sungai Buloh
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Section 17
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan · Seremban
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka Bandaraya Melaka
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka Jasin
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor · Pasir Gudang
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor · Larkin
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah · Tawau
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak · Samarahan 2
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak · Mukah
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

*Universiti-universiti yang terlibat tidak mempunyai sebarang maklumat tentang Kempen ini melainkan yang mereka disenaraikan dalam senarai penerima biasiswa yang layak. Oleh itu sebarang pertanyaan atau komen tentang Kempen ini perlu diajukan kepada Penganjur dan/atau wakil-wakilnya sahaja. Pihak-pihak universiti tidak mempunyai kewajipan untuk melayan sebarang pertanyaan atau komen tentang Kempen ini.

Jadi, kepada semua mahasiswi di Malaysia yang beraspirasi, ambil langkah pertama anda:

Mohon Biasiswa Fair & Lovely hari ini!

*Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari sini.