Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) – Maklumat, Program, Hubungi Kami

Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) pada mulanya dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak di bawah Enakmen Kawalan Sekolah – sekolah Agama Islam 1996. KISDAR menjadi Badan Berkanun Kerajaan Negeri Perak menerusi Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan (Enakmen Bilangan 3 Tahun 2000) .

Pada 19 disember 2013 Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr.Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sempurna merasmikan naiktaraf KISDAR kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS)

Pada tanggal 10 jun 2016 Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak membuat pengumuman dengan rasminya. Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dinaikkan taraf menjadi universiti penuh berkuat kuasa serta-merta dan dikenali sebagai Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) yang menerima geran tahunan daripada Kerajaan Pusat

“Pengumuman ini merupakan kesinambungan sejarah Kuala Kangsar sebagai bandar pendidikan tertua negara yang turut menempatkan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan Masdrasah Idrisiah.

Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)Fakulti Pengajian Islam telah ditubuhkan pada 1 Jun 2012 hasil gabungan Fakulti Usuluddin, Fakulti Syariah Islamiyyah dan Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Penggabungan iniadalah bagi memperkasakan aspek pengurusan dalam menghadapi perubahan semasa selaras dengan transformasi Kolej Islam Darul Ridzuan kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Kini, KUISAS telah dinaiktaraf menjadi Universiti Sultan Azlan Shah.

Fakulti Pengajian Islam bertanggungjawab dalam aspek menawarkan program akademik dan kursus matapelajaran seperti yang ditetapkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah. Dalam memastikan fungsinya efektif dan efisien dapat dicapai melalui amalan tadbir urus yang baik, Fakulti Pengajian Islam dibahagikan kepada 3 buah jabatan dan 1 unit iaitu:

  • Jabatan Usuluddin
  • Jabatan Syariah Islamiyyah
  • Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab
  • Unit Pentadbiran

Pada tahun 2014, Fakulti Pengajian Islam melalui jabatan-jabatan di bawahnya telah berjaya menawarkan dua program Ijazah Sarjana Muda dan lapan program diploma yang telah memperolehi akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu.

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadis)
  • Diploma Usuluddin
  • Diploma Syariah Islamiyyah
  • Diploma Bahasa Dan Kesusasteraan Arab
  • Diploma Kaunseling Islam
  • Diploma Komunikasi Islam
  • Diploma Pengajian Islam
  • Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al-Qiraat
  • Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat bermula pada tahun 2011 sejajar dengan naiktaraf kolej menjadi universiti. Fakulti ini mempunyai 2 jabatan iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Teknologi Maklumat.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan generasi berilmu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan teknologi. Selain menumpukan kepada penyelesaian masalah, program di bawah fakulti juga menerapkan nilai-nilai Islam di dalam proses pembelajarannya yang memberikan kredit tambahan kepada pelajar.

Keistimewaan Fakulti

Keistimewaan fakulti adalah terletak kepada penggabungan pengurusan dan teknologi yang diterjemahkan di dalam pelbagai sumber dan kepakaran dalam menyediakan graduan untuk memenuhi keperluan modal insan yang mempunyai pelbagai kemahiran.

Tenaga pengajar daripada golongan profesional yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan, komputeran dan multimedia.
Berorientasikan aplikasi ilmu, memberi latihan dalam perancangan dan bimbingan secara berterusan.
Pelajar diberi peluang untuk mendapat latihan secara praktikal dengan membuat latihan di sektor swasta dan awam.

Program Yang Ditawarkan

  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Pentadbiran Perniagaan
  • Diploma Pengurusan Muamalat
  • Diploma Perbankan Dan Kewangan Islam
  • Diploma Teknologi Maklumat
  • Diploma Multimedia Dan Dakwah
  • Diploma Sains Komputer Dan Rangkaian
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (kepujian) Pemasaran
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (kepujian) Keusahawanan

Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (PBPA) ialah pusat akademik di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Penubuhan PBPA dimulai dengan pelantikan Dekan PBPA pada 1 Oktober 2003. Dua jabatan telah diwujudkan secara rasmi di bawah PBPA, iaitu Jabatan Bahasa Arab (JBA) dan Jabatan Bahasa Inggeris (JBI) dengan pelantikan Ketua JBA dan Ketua JBI pada 1 Jun 2012. Pejabat pentadbiran PBPA kini terletak di Aras 1, Bangunan Pentadbiran Universiti Sultan Azlan Shah.

PBPA menawarkan program pradiploma dan praijazah yang dikenali sebagai program pengajian asasi. Program ini dirangka dan ditawarkan sebagai keperluan dan persediaan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah. PBPA menyediakan pelbagai kursus bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab untuk keperluan fakulti pengajian. Beberapa kursus, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris diwajibkan untuk memenuhi syarat pengajian. PBPA turut menawarkan kursus-kursus bahasa untuk kakitangan universiti, jabatan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat awam.

Selain itu, PBPA juga menjalankan penyelidikan bahasa serta menyediakan perkhidmatan perundingan bahasa, penterjemahan dan penyuntingan. Perkhidmatan penterjemahan yang ditawarkan adalah daripada bahasa Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu dan sebaliknya. Perkhidmatan penterjemahan dan penyuntingan meliputi pelbagai bentuk seperti manuskrip, rencana, dokumen, risalah, dan sebagainya.

Program di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Program Ijazah

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadis)
  • Iljazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
  • ljazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Keusahawanan
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)

Program Diploma

  • Diploma Komunikasi Islam
  • Diploma Pengurusan Muamalat
  • Diploma Pengajian Islam
  • Diploma Pentadbiran Perniagaan
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Sains Komputer & Rangkaian
  • Diploma Teknologi Maklumat
  • Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al Qiraat
  • Diploma Perbankan & Kewangan Islam
  • Diploma Multimedia & Dakwah
  • Diploma Usuluddin
  • Diploma Syariah Islamiyyah
  • Diploma Bahasa & Kesusasteraan Arab
  • Diploma Kaunseling Islami
  • Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan

Program Master

  • Master of Management (MOM)
  • Master of Business Administration (MBA)
  • Master of Information Technology
  • Master of Applied Syariah
  • Master of Usuluddin

Program Ph.D

  • Ph.D in Science (Technology)
  • Ph.D in Applied Shariah (Ph.D Syariah Gunaan)
  • Ph.D in Management
  • Ph.D in Usuluddin

Prasarana di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Pembelajaran & Pengajaran

  • Bilik Kuliah
  • Makmal Komputer
  • Makmal Bahasa
  • Auditorium
  • Perpustakaan

Lain-Lain Kemudahan

  • Masjid
  • Asrama
  • Keselamatan
  • Pengangkutan
  • Sukan & Rekreasi
  • Perbankan
  • Kesihatan
  • Kafeteria
  • Kemudahan Berhampiran Kampus

Hubungi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
Bukit Chandan, Bandar DiRaja,
Kuala Kangsar,
33000 Perak,
MALAYSIA.

Tel: +605-773 2323
Fax: +605-773 2333

Emel: pro@kuisas.edu.my