Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan pendidikan seiring dengan matlamat Melaka Maju 2010 maka KUIM telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti pada 1 Julai 2009 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dahulunya KUIM dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) telah membuat satu anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang pengajian islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi seiringan.
Sebagai usaha untuk penjenamaan semula, maka KUIM telah meletakkan niche-areanya dalam bidang psikologi di mana Ia merupakan kolej universiti islam swasta yang pertama di Malaysia yang membangunkan pengajian yang memfokuskan bidang psikologi di peringkat ijazah sebagai intervensi mengurangkan permasalahan psikologi dikalangan individu dan komuniti di samping memenuhi permintaan tenaga kerja di pelbagai sektor awam dan swasta. Selaras dengan itu, KUIM terus menggorak langkah sebagai “Gerbang Pengajian Psikologi Insan” yang terus bersandarkan misi dan visi yang jelas bagi mendepani pelbagai cabaran dan perubahan. Falsafah pengajian yang menggabungkan unsur-unsur keimanan, akademik dan vokasional (duniawi dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif serta amat bertetapan dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Melaka yang mahukan generasi berpengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang pengajian islam, teknologi, sains sosial dan ilmu terkini di samping memiliki daya ketahanan tinggi bagi menangani cabaran semasa. Dalam usaha memastikan KUIM terus cemerlang seiring dengan Motto yang dibawa “Kualiti Teras Kejayaan” maka program-program yang ditawarkan merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian islam, pengajian perniagaan, perbankan islam, undang-undang syariah, kejururawatan, bioteknologi dan teknologi maklumat adalah berdaya saing dan kompetitif yang memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pengantarabangsaan KUIM melalui jaringan akademik dalam dan luar negara boleh dibanggakan apabila KUIM kini memiliki pelajar antarabangsa dari Kemboja, Sri Lanka, Singapura dan Indonesia yang bertambah dari tahun ke tahun. Malah penghantaran pelajar-pelajar KUIM yang melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordon, Morocco dan lain-lain negara di Timur Tengah sangat menggalakkan. Dengan prestasi dan pencapaian KUIM yang sangat membanggakan, KUIM bertekad dan terus komited untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf antarabangsa islam, sains dan teknologi.
Fakulti di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
- Institut Pengajian Siswazah
- Akademi Pengajian Islam
- Fakulti Undang-Undang Governan Dan Hubungan Antarabangsa
- Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan
- Fakulti Pengurusan Hospitaliti
- Fakulti Kejururawatan
- Fakulti Sains dan Teknologi
- Fakulti Sains Sosial
- Pusat Bahasa Dan Pengajian Umum
Program Yang Ditawarkan di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
Institut Pengajian Siswazah
DOKTOR FALSAFAH (PhD)
- Doktor Falsafah Pengajian Islam (Dakwah)
- Doktor Falsafah Pengajian Islam (Syariah)
- Doktor Falsafah Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan
IJAZAH SARJANA
- Ijazah Sarjana Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan
- Ijazah Sarjana Sains Pengurusan
- Ijazah Sarjana Pengajian Islam Dakwah
- Ijazah Sarjana Syariah
- Ijazah Sarjana Komunikasi
- Ijazah Sarjana Psikologi
- Ijazah Sarjana Pengurusan Sistem Maklumat
Akademi Pengajian Islam
IJAZAH SARJANA MUDA
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan Islam dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian
DIPLOMA
- Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam
- Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia
- Diploma Kewangan Syariah
- Diploma Syariah Islamiyyah
- Diploma Usuluddin
- Diploma Tahfiz Al-Quran Walqiraat
Fakulti Undang-Undang Governan Dan Hubungan Antarabangsa
DIPLOMA
- Diploma Syariah (Dahulunya Diploma Undang-Undang dan Syariah)
Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan
IJAZAH SARJANA MUDA
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) (Kepujian)
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) (Kepujian)
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan) Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) Dengan Kepujian
DIPLOMA
- Diploma Kewangan
- Diploma Perakaunan
- Diploma Sistem Maklumat Perniagaan
- Diploma Pemasaran
- Diploma Pengurusan Inovasi
ASASI
- Pengajian Asasi Perniagaan
Fakulti Pengurusan Hospitaliti
IJAZAH SARJANA MUDA
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti (Kepujian)
DIPLOMA
- Diploma Pengurusan Perhotelan
- Diploma Pengurusan Pelancongan
- Diploma Pengurusan Acara
Fakulti Kejururawatan
DIPLOMA
- Diploma Kejururawatan
Fakulti Sains dan Teknologi
DIPLOMA
- Diploma Bioteknologi
- Diploma Kejuruteraan Kecekapan Dan Pemuliharaan Tenaga
Fakulti Sains Sosial
IJAZAH SARJANA MUDA
- Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian)
DIPLOMA
- Diploma Kaunseling
- Diploma Komunikasi Massa
- Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pusat Bahasa Dan Pengajian Umum
- Bahasa Arab
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
- Bahasa Mandarin
Hubungi Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
Kolej Universiti Islam Melaka,
Batu 28, Kuala Sungai Baru,
78200 Melaka, Malaysia.
Tel : +606-3878382
Fax : +606-3878411
Website: kuim.edu.my