Program Khas Biasiswa Selangorku – Syarat, Permohonan, Kadar Pembiayaan

Program Khas Biasiswa Selangorku merupakan satu program Biasiswa untuk anak Selangor yang belajar di UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah. Keutamaan juga diberikan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang baik.

Seramai 110 pelajar daripada UNISEL dan KUIS telah ditawarkan Biasiswa ini untuk pengambilan pertama pada Mac 2016.

Syarat Kelayakan Permohonan Program Khas Biasiswa Selangorku

Kelahiran:

  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Peringkat Pengajian:

  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon).

Penajaan:

  • Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja.

Pencapaian Akademik:

  • Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.

Tahun Pengajian:

  • Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Syarat Akademik Program Khas Biasiswa Selangorku

Program Khas Biasiswa SelangorkuIjazah Sarjana Muda Pertama:

  • Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Diploma:

  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

Sijil (IPTA):

  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja):

  • Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;

Kadar Pembiayaan Program Khas Biasiswa Selangorku

1. Yuran Pengajian

Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak UNISEL/KUIS.

2. Elaun Sara Diri

Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.